Penutupan PPDNHEP Melaka tidak ganggu kelancaran operasi penguatkuasaan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 25 Mei – Pemantauan berterusan akan terus dijalankan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka  biarpun pejabatnya diarah tutup sehingga Isnin depan bagi tujuan sanitasi.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, langkah itu sudah diatur dengan menggerakkan 35 penguat kuasa bertugas di seluruh negeri ini bagi memantau dan menjalankan operasi mengikut jadual pada kadar maksimum.

“Kita memberi jaminan akan terus memantau operasi peniagaan di negeri ini dan memastikan biarpun penutupan pejabat KPDNHEP bukannya peluang peniaga untuk ambil kesempatan melanggar etika dalam perniagaan.

“Semua penguat kuasa bertugas di lapangan akan bekerja seperti biasa dan diarahkan terus pulang ke rumah selepas operasi.

“Bagi kakitangan yang diarahkan menjalani kuarantin dan Bekerja Di Rumah (BDR), mereka akan bekerja menyiapkan kerja-kerja pelaporan di kediaman masing-masing

“Aktiviti penguatkuasaan akan berjalan pada tahap maksimum dan peniaga yang mengambil kesempatan akan tetap dikenakan tindakan sedia ada,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut ujarnya, seramai 50 kakitangan lain pejabatnya kini diarahkan menjalankan kuarantin dan perintah tutup premis dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 31 Mei ini bagi kerja kerja sanitasi.

Norena berkata, penutupan itu bagi memastikan kerja-kerja saringan kepada kakitangan dan sanitasi ruang pejabat dapat dijalankan KKM.

“Penguatkuasaan diteruskan seperti biasa dan penutupan pejabat tidak mengganggu kerja-kerja harian.

“Semua 50 kakitangan yang diarahkan kuarantin kini sedang menjalani ujian saringan COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post UTeM Future Fuel Design Training Centre iktiraf kepakaran automotif
Next post Jangan percaya golongan antivaksin- Kamarudin
Ubah saiz-+=