JAPERUN pun jual tiket bola!

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) memperkenalkan kempen ‘Jom Penuhkan Jebat’ bagi menarik lebih ramai penyokong hadir ke Stadium Hang Jebat dalam aksi Liga Malaysia musim ini.

Menerusi kempen berkenaan, MUFC memperkenalkan alternatif terbaharu pembelian tiket menyaksikan perlawanan bola sepak.

Selain membeli di stadium, penyokong skuad Hang Tuah kini boleh membeli tiket secara terus di lapan JAPERUN negeri ini.

Menurut Pengurus MUFC, Muhammad Akram Abdullah, lapan JAPERUN yang terlibat ialah JAPERUN Duyong dan Kesidang di daerah Melaka Tengah; JAPERUN Lendu, Gadek, Tanjung Bidara dan Asahan (daerah Alor Gajah) serta JAPERUN Rim dan Serkam di daerah Jasin.

Katanya, kempen itu akan bermula Jun hingga November 2022 yang bermatlamat memberikan pilihan pembelian tiket pada kadar harga mampu milik dan memudahkan akses pembelian tiket fizikal di JAPERUN yang terlibat.

“Di samping itu, ia juga merupakan usaha menarik lebih ramai warga negeri Melaka untuk ke Stadium Hang Jebat.

“Menerusi kerjasama itu juga pihak MUFC akan menyediakan sejumlah tiket kepada JAPERUN yang terlibat untuk dijual kepada masyarakat setempat.

“Pada masa yang sama, dapat juga membuat hebahan kepada komuniti setempat berkaitan kempen serta perlawanan-perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kempen antara MUFC dan wakil-wakil JAPERUN yang terlibat di Bilik Media Stadium Hang Jebat, semalam.

Dalam pada, Muhammad Akram turut menzahirkan harapan agar kempen berkenaan mencapai objektifnya, sekali gus berjaya menarik lebih ramai warga Melaka untuk memberi sokongan kepada pasukan.

INFO HARGA TIKET

Terbuka – Dewasa : RM15.00
Terbuka – Bawah 18 Tahun : RM10.00
Grandstand – Dewasa : RM25.00
Grandstand – Bawah 18 Tahun : RM10.00

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1855
Kongsi :
Previous post CTRM Koop lancar laman sesawang ‘Melaka Coopnity’
Next post Tokoh pendidikan, pengarah pertama ITM Tun Arshad meninggal dunia
Ubah saiz-+=