Jenazah bapa EXCO Pelancongan Melaka selamat dikebumikan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Jenazah bapa EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Khamis Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Sungai Putat jam 9.40 malam tadi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir jenazah adalah Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Allahyarham Khamis, 76, adalah bapa kepada EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Jenazah selamat dikebumikan dengan dihadiri keluarga dan sanak-saudara terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

MOHD Ali (dua dari kiri) bersama Sulaiman memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bapa Muhammad Jailani yang meninggal dunia akibat kanser darah.

Bacaan talkin disempurnakan Imam Masjid Taman Tasik Utama, Ustaz Mohd Shahrul Fizi Idris.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman Muhammad Jailani di Taman Tasik Utama ke Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kira-kira jam 8.30 malam untuk disolatkan.

Solat jenazah kemudian diimamkan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Allahyarham Khamis menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Pakar Putra Melaka di sini kira-kira jam 5.30 petang tadi akibat kanser darah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1383
Kongsi :
Previous post PKPD Lubuk Redan: Dua bilik gerakan dibuka
Next post Ketua Menteri ucap Selamat Hari Guru
Ubah saiz-+=