Jenazah bekas penembak negara selamat dikebumikan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 6 Nov – Jenazah bekas atlet menembak negara Muslifah Zulkifli yang meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan paru-paru, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown di Pulau Pinang, kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.

Bekas jurulatihnya, Zamil Ahmad Murad yang mengesahkan berita pemergian Muslifah, 35, berkata arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Gleneagles Pulau Pinang selepas menerima rawatan hampir dua bulan.

“Arwah positif COVID-19 sejak September lepas, pada masa sama beliau hamil lima bulan dan bayi di dalam kandungan yang merupakan anak pertamanya meninggal dunia dua minggu selepas dimasukkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bekas jurulatih menembak Kuala Lumpur itu meninggalkan suami, Muhammad Syamim Syaharuddin berumur dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu hantaran di laman Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muslifah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Muslifah pernah meraih gangsa acara rifle 50 meter (m) prone berpasukan wanita pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan bersama-sama Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim serta terlibat dalam Program Podium dari 2015 sehingga 2017.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

612
Kongsi :
Previous post Jangan politikkan undi 18 – Wan Junaidi
Next post PN calonkan Mas Ermieyati di Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=