Sorting by

×

JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Januari – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import itu selamat untuk dimakan terutama sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025 ini.

Pengarah JKNM Dr. Ruzita Mustafa berkata, perkara itu adalah susulan arahan pensampelan daripada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap kali menjelang musim perayaan.

“Pensampelan untuk buah-buahan pada musim perayaan adalah satu kebiasaan dan pada tahun ini arahan adalah anggur shine muscat. Tiga sampel produk import ini sudah diambil dan dihantar ke makmal untuk dilakukan ujian.

“Satu sampel yang mewakili satu kilogram anggur shine muscat ini diambil daripada setiap daerah pada awal Januari lalu,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam: Tahun Baharu Cina di sebuah pasaraya di Malim, hari ini.

Menurut, keputusan ujian itu hanya akan diperoleh JKNM dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu.

“Kita jangkakan ujian sampel anggur shine muscat ini akan diketahui antara dua hingga tiga minggu lagi dan untuk Melaka setakat ini tiada kes berkaitan dilaporkan.

“Selain musim perayaan, JKNM juga dari semasa ke semasa turun padang untuk mengambil sampel buah-buahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

151
Kongsi :
Previous post DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
Next post PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000