DUN Machap Jaya: Jom sihat bersama Ah Sem

Masa Membaca:57 Saat

Machap Jaya 3 Ogos – Memupuk gaya hidup sihat antara fokus Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ngwe Hee Sem.

Baru-baru ini, beliau telah menganjurkan program Jom Sihat Bersama Ah Sem, bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lesung Batu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Melaka Perdana.

Hee Sem yang mesra disapa Ah Sem berkata, program itu diadakan bertujuan untuk menggalakkan penduduk di sekitar untuk kekal aktif dengan melakukan senaman.

“Sesibuk mana pun kita, kesihatan adalah amat penting dan kita perlu kekal aktif untuk dijauhkan daripada sebarang penyakit.

“Saya akan pastikan setiap JPKK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menganjurkan program sebegini untuk kebaikan semua,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri sempat meluangkan masa melakukan ziarah kasih di Taman Melaka Perdana dan Taman Pengkalan Indah.

Katanya, sebagai Adun, menjadi keutamaan untuknya turun sendiri melihat permasalahan pengundi di DUN Machap Jaya.

“Pada sesi ziarah kasih itu saya turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada penduduk yang kurang bernasib baik dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1031
Kongsi :
Previous post Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung MAHA
Next post Semangat Rais demi rakyat
Ubah saiz-+=