Semangat Rais demi rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PAYA RUMPUT 3 Ogos – Walaupun baru sahaja tiba di tanah air selepas selesai menunaikan ibadah haji, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin tidak menunggu lama untuk kembali meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

Beliau yang tiba di Malaysia pada tengah malam 31 Julai lalu, terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan melakukan ziarah kasih di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya pada 1 Ogos.

“Sebaik mendapat keputusan negatif bagi ujian saringan RTK, saya amat bersemangat untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat yang saya rindui.

“Agenda saya dimulakan dengan program ziarah kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang mana saya bersama Setiausaha Japerun Paya Rumput turun padang bagi menziarahi golongan kurang bernasib baik di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya.

“Saya juga berkesempatan menghulurkan sumbangan kewangan dan juga kerusi roda bagi kegunaan pesakit yang memerlukan. Diharap sumbangan ini mampu memudahkan urusan pergerakan dan mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka,” katanya pada satu hantaran di Facebook Rais Yasin.

Dalam pada itu, Rais yang juga Exco Pendidikan dan Teknologi negeri turut cakna dengan aduan rakyat mengenai jalan yang agak daif di Jalan Bukit Datok A.

Beliau berkata, selepas meninjau keadaan jalan itu, pihaknya segera memaklumkan kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan isu rakyat itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

850
Kongsi :
Previous post Jom sihat bersama Ah Sem
Next post Bantu persiapkan pelajar ke alam universiti
Ubah saiz-+=