JPJ Melaka rekodkan RM294,805 kutipan saman

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BUKIT KATIL 3 Sept. – Sebanyak 4,207 urusniaga telah direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bagi pengurusan pembayaran diskaun saman kompaun 70 peratus sepanjang Ogos lalu.

Pengarahnya Muhammad Firdaus Shariff berkata, jumlah tersebut sekali gus merekodkan sebanyak RM294,805 dengan kehadiran 3,138 orang awam dicatat sehingga kelmarin.

Katanya, jumlah yang direkodkan tersebut berikutan pengumuman Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang sebelum ini sah sehingga 31 Ogos, namun melanjutkan pembayaran kompaun berkenaan sehingga 30 September ini.

“Perkara ini dilanjutkan bagi memberikan kemudahan dan menganjakkan lebih masa kepada orang awam untuk menyelesaikan urusan pembayaran saman kompaun.

“Bagaimanapun segala terma-terma sebelum ini adalah terpakai dan tiada sebarang penambahan terma-terma baharu.

“Malah melalui pengumuman itu, kerajaan turut memberikan masa tambahan selama 30 hari bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu (LMM), namun kenderaan motor tersebut diwajibkan mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Tambah Firdaus, bagi pembaharuan LKM turut dinaikkan dari setahun (12 bulan) kepada tiga tahun (36 bulan) bagi memberi peluang masyarakat dalam menghadapi kesukaran kewangan disebabkan pandemik ini.

“Bagi pembaharuan LKM (Motosikal sahaja) yang tidak aktif, JPJ akan melaksanakan PG10 secara atas talian (online) dan ‘link-up’ dengan kaedah mengunci masuk kesemua maklumat yang diperlukan di dalam system MySIKAP JPJ.

“Manakala, bagi pembaharuan LKM semua Kenderaan Motor yang tidak aktif, pemilik perlu menghantar kenderaan tersebut ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
(PUSPAKOM) bagi tujuan pemeriksaan,” katanya.

Views:

465
Kongsi :
Previous post 3,000 anak muda dijangka meriahkan Hari Belia Melaka, Oktober depan
Next post Hoki Melaka sedia pertahan kejuaraan Piala Razak
Ubah saiz-+=