
JPJ Melaka saman 61 warga asing tunggang, pandu kenderaan tanpa lesen
AYER KEROH 13 Oktober – Sebanyak 61 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dalam operasi penguatkuasaan terhadap pemandu, penunggang warga asing (Ops PeWa) dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Pengarah JPJ Negeri Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, jumlah saman yang dikeluarkan itu merangkumi 42 kali Ops PeWa dijalankan pada tahun ini.
Katanya, hasil Ops PeWa itu, sebanyak 61 kenderaan yang dinaiki warga asing telah ditahan dan diperiksa sebelum kesemua disaman.
“Mengikut statistik, seramai 21 warga Rohingya antara paling ramai diberikan saman, seterusnya 20 orang warga Pakistan; Indonesia (10); Bangladesh (sembilan) dan Nepal (satu).
“Kesemua 61 kenderaan itu membabitkan 51 motosikal, lapan kereta dan dua lori turut disita, selain kita turut menghubungi pemilik untuk hadir dan telah disaman,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Firdaus menegaskan, pihaknya tidak pernah membenarkan mana-mana pelarian UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) di Negeri Melaka memiliki dan memegang lesen memandu kenderaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...
KARNIVAL FALAK TARIK LEBIH 7,000 PENGUNJUNG
TANJUNG BIDARA 14 September - Penganjuran sulung Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 mencatat sambutan memberangsangkan apabila lebih 7,000 pengunjung...

