Jualan Semarak Syawal Melaka sasar RM1.5 juta nilai jualan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

JASIN 30 April – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan sebanyak RM1.5 juta nilai jualan menerusi Program Jualan Semarak Syawal Peringkat Negeri Melaka.

EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program itu dilaksanakan bermula 24 April sehingga 2 Mei dengan menyediakan jualan barangan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Setakat ini seramai 308 peniaga mendapat manfaat menerusi program ini di 85 outlet pemasaran yang disediakan di seluruh negeri ini.

“Outlet itu meliputi sembilan Pasar Tani, lima Agrobazar Rakyat (ABR), 21 Agrobazar Kedai Rakyat (AKR) dan 50 Melaka Agro Market (MAM).

“Kita dah lancarkan selama seminggu program ini bermula 24 April hingga 2 Mei, dan sasaran nilai jualan adalah RM1.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Semarak Syawal Peringkat Negeri Melaka di Pasar Tani Jasin, di sini hari ini.

JASIN 30 April 2022. Orang ramai mencari barangan keperluan sempena Program Semarak Syawal Peringkat Negeri Melaka anjuran FAMA di Pasar Tani Jasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Katanya, dengan adanya program itu ia dapat mengetengahkan produk keluaran kampung serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Ini salah satu idea FAMA sendiri untuk memasarkan produk IKS atau kampung, hari ini kita lihat kebanyakkan produk dijual adalah semua yang berkaitan dengan Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata bekalan makanan asas di negeri ini berada pada tahap yang mencukupi.

“Bekalan barangan asas di Melaka setakat ini cukup dan harga masih terkawal, kita tiada sebarang masalah setakat ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1113
Kongsi :
Previous post Kembara Ramadan INSWA santuni penggiat seni, anak yatim
Next post Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94 tahun akibat sakit tua
Ubah saiz-+=