
Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 199 orang
MELAKA 25 Nov. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka kekal 199 orang daripada 48 keluarga setakat 8 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa terlibat dipindahkan dari Kampung Tehel dan Kampung Parit Gantong di Jasin, serta Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing di Alor Gajah.
Beliau berkata 121 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, manakala 65 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Gantong, kedua-duanya di daerah Jasin.
“Di daerah Alor Gajah pula, PPS SK Durian Tunggal menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.
“Keadaan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata paras air sungai di Sungai Duyong, Jasin menunjukkan trend menaik, manakala Sungai Durian Tunggal, Alor Gajah menunjukkan trend menurun.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
PRN MELAKA: MCMC, SPR PASTIKAN LIPUTAN INTERNET LANCAR, TIDAK JEJASKAN SISTEM OCR-VA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Lokasi urusan pilihan raya yang pada awalnya dicadangkan di Dewan Penyayang, Lesung Batu ditukar ke...
BN SASAR SAPU BERSIH LIMA DUN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober- Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor...
‘ JANGAN ADA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 18 Oktober - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberikan sokongan penuh...
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober – Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...
RUNDINGAN AKHIR TENTUKAN AGIHAN KERUSI BN DI LIMA DUN PARLIMEN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober - Rundingan akhir bersama parti komponen dan rakan strategik menjadi penentu agihan kerusi yang bakal ditandingi...


