
Jurukamera The Star Melaka meninggal dunia
Jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Saad Ibni Abi Waqqas, Klebang di sini dan selamat dikebumikan di Kompleks Perkuburan Al-Ma’la Klebang Besar kira-kira 5.30 petang.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya menzahirkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Purinah Samsuri, 51, dan ahli keluarga di atas kepulangan Sardi ke rahmatullah.
“Saya turut berduka dengan berita pemergian Allahyarham Sardi yang banyak berjasa dalam membuat liputan berita mengenai negeri Melaka termasuklah berkaitan pentadbiran kerajaan negeri Melaka.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.
Difahamkan Allahyarham Sardi yang menghidap komplikasi jantung dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 1 April lepas dan menjalani pembedahan jantung dan beberapa pembedahan lain.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
