DUN Rim: Kafe hipster sudah 50 peratus siap

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

RIM 11 Ogos – Lima kafe hipster baharu yang sedang dibina di lokasi menarik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bakal menampilkan kelainan dan memberi wajah baharu kepada DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata pihaknya memilih konsep ‘hipster’ bagi memberi imej baharu untuk DUN itu selain menarik minat orang ramai untuk mengunjungi kawasan tersebut.

“Lokasinya berhampiran Sungai Jasin, bersebelahan DUN Rim, biarpun kawasannya kecil tapi boleh memuatkan  lima cafe hipster, sekali gus menampilkan kelainan berbanding gerai-gerai majlis perbandaran.

“Setakat ini pembinaan kafe hampir 50 peratus dan kita jangkakan dalam tempoh dua bulan ia siap sepenuhnya, saya yakin dengan adanya kafe ini ia akan menjadi katalis dan tarikan kepada pengunjung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga timbalan Speaker DUN Melaka berkata, pembinaan kafe berkenaan mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan peruntukan RM300,000 diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mengulas lanjut, Khaidhirah berkata pihaknya telah menerima banyak permohonan untuk menyewa kafe berkenaan, namun ia terpaksa dihadkan bagi memberi peluang kepada peniaga yang layak.

“Kita dapat banyak permohonan gerai niaga tapi majlis tentukan berapa ramai, kita akan pilih peniaga sebetulnya dan biarlah menu atau juadah yang dijualkan pelbagai bukannya sama.

“Nama lokasi ini kita belum tentukan tetapi konsepnya adalah hispter yang memfokuskan perniagaan warga tempatan dengan wajah baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2018
Kongsi :
Previous post Ladang sawit dipercayai punca banjir berlaku dua kali seminggu
Next post Polis kesan taktik penasihat syarikat jualan kereta tipu pelanggan
Ubah saiz-+=