
Kaji dulu sebelum kongsi pendapat di media sosial – Khaidirah
MERLIMAU 9 Mac – “Orang yang menggelarkan diri mereka pemimpin seharusnya pertimbangkan apa juga komen dan pendapat yang nak kongsikan di sosial media.”
Itu pandangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar ketika diminta mengulas mengenai pemimpin yang lantang menyuarakan pendapat di media sosial.
Menurutnya, kebebasan bersuara itu bukan sahaja dalam kalangan rakyat atau netizen tetapi tidak terkecuali dalam kalangan pemimpin.
“Ini kerana suara kita membawa makna kepada suara-suara yang lain sama ada ia patut atau tidak kita perlu lihat dan kaji dahulu.
“Apa pun itu adalah pendapat dan hak peribadi mereka, saya tak boleh nak komen banyak sebab ini terpulang kepada individu tersebut atau mana-mana pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita di Seri Chendana Resort Merlimau, hari ini.
Khaidirah selaku MT UMNO yang muda turut meminta supaya UMNO menentukan perjalanannya dengan kepimpinan terkini untuk masa hadapan.
“Insya-Allah apa pun pendapat kita terima, dengar dan kaji elok-elok,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
