Kaligrafi gergasi, kuih Chang jadi tarikan di Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

AYER KEROH 17 Jun – Sekumpulan sukarelawan di Ayer Keroh menerima pengiktirafan daripada ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) selepas berjaya menghasilkan Kaligrafi Peribahasa Cina yang terbesar dan terpanjang.

Kaligrafi tersebut dihasilkan oleh Pengerusi Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023, Daren Koh Boon Wah bersama 40 sukarelawan di atas kain kanvas sepanjang 200 kaki.

Menurut Daren, kaligrafi peribahasa yang ditulis membawa maksud semangat, adil dan kuat yang mana ia dihasilkan bersempena Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023, yang diadakan di sebuah restoran di Taman Muzaffar Syah, di sini, hari ini.

Jelas Daren, selain kaligrafi, karnival itu diserikan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti antaranya pertandingan Catur Cina dan demonstrasi membuat kuih Chang.

“Seramai 120 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Catur Cina di mana hampir 80 peratus adalah kanak-kanak.

“Pertandingan Catur Cina ini diadakan bagi mengekalkan tradisi Cina di mana Catur ini menggunakan papan catur dan buah catur Cina.

“Selain itu, menerusi karnival ini juga kita membuat pertunjukan dan mengajar pengunjung cara membuat kuih Chang sebelum diedarkan kepada 2,000 masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

IMG_20230617_162509_577
AYER KEROH 17 Jun – Permainan catur cina sempena Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023 anjuran Persatuan Penerangan Budaya Tradisional Cina di sebuah restoran di Taman Muzaffar Syah, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Karnival tersebut telah dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Low Chee Leong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Mengulas lanjut, Daren memaklumkan pihaknya turut menyasarkan lebih 500 pengunjung hadir ke karnival selama sehari itu.

“Karnival ini turut dihadiri pengunjung dari Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

“Kerana selain dari negara-negara tersebut yang menjaga tradisi Cina, Malaysia juga merupakan antara negara yang paling menjaga tradisi kaum Cina.

“Karnival ini akan diadakan pada tahun depan dengan kepelbagaian program sekali gus boleh diangkat bersempena Tahun Melawat Melaka 2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1770
Kongsi :
Previous post ‘Walkabout’ tinjau suasana lokasi pelancongan Melaka
Next post Kaligrafi Peribahasa Cina dari Melaka pecah rekod negara
Ubah saiz-+=