‘Walkabout’ tinjau suasana lokasi pelancongan Melaka

Masa Membaca:59 Saat

BANDA HILIR 17 Jun – Kerajaan Negeri terus mempergiatkan persiapan bagi menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM24) dengan melakukan beberapa pendekatan termasuklah mengadakan sesi ‘walkabout’ di kawasan tumpuan pelancong.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, persediaan dan persiapan rapi harus dilakukan dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke Melaka.

Beliau berkata, sesi itu juga diadakan untuk mendapat suasana sebenar di sekitar kawasan tumpuan pelancongan.

“Sesi ini bertujuan untuk kita menyelami dan merasai suasana pengunjung serta pelancong apabila mereka melawati kawasan pelancongan.

“Hasil daripada sesi walkabout yang diadakan beberapa perkara sudah kita ambil kira bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pelancong termasuk para perniaga serta pengayuh beca sempena TMM2024,” katanya.

Terdahulu, sesi walkabout yang diadakan Jumaat malam itu turut disertai Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Abdul Razak berkata, pada sesi itu juga pihaknya juga turut meluangkan masa bersua dan menyantuni peniaga serta pengayuh beca mengenai operasi mereka.

Sementara itu, Shadan berkata, walkabout terbabit juga bertujuan melihat kemudahan serta menambah baik fasiliti khususnya di kawasan Banda Hilir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1499
Kongsi :
Previous post TMM2024: Taman Budaya setiap kaum di Melaka akan diwujudkan – KM
Next post Kaligrafi gergasi, kuih Chang jadi tarikan di Karnival Kebudayaan Tradisional Cina 2023
Ubah saiz-+=