Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL, PARAMEDIK KOMUNITI JADI CONTOH PADA NEGERI LAIN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ALOR GAJAH 7 November – Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital dan Paramedik Komuniti oleh Kerajaan Melaka wajar dijadikan contoh oleh negeri lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kedua-dua inisiatif berkenaan dilihat mampu memberikan manfaat kepada rakyat khususnya jika dilaksanakan di kawasan luar bandar.

“Saya ingin maklumkan juga bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab rauf Yusoh sendiri memberikan taklimat khusus mengenai inisiatif Kampung Digital dan Paramedik Komuniti. Mungkin kedua-dua inisiatif ini boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain terutama membabitkan kawasan luar bandar.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana menyumbangkan idea dan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kali ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Antara YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bilangan 2 Tahun 2024 di sebuah hotel di Alor Gajah di sini, hari ini.

Pada mesyuarat itu turut berlangsung majlis penyampaian watikah Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada exco-exco luar bandar.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat itu bagi membincangkan secara konstruktif bersama wakil Kerajaan Negeri terlibat mengenai usaha memperkukuh persefahaman dalam pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar menjelang 2030.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

95
Kongsi :
Previous post TAMBAH WARDEN DI UPNM, TANGANI ISU BULI
Next post PELAJAR PRAUNIVERSITI PERLU CELIK DIGITAL, TEKNOLOGI – KM
Ubah saiz-+=