
Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
IPOH, 11 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.
“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.
Beliau berkata terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.
Abang Zainal berkata pihaknya akan membuat permohonan reman melibatkan kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.
“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 0 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
