
Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari jejambat
KUALA LUMPUR 1 Dis – Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 15 meter dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Jalan Tun Razak, dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.40 petang, itu, Toyota Estima yang dipandu bapa mangsa yang berumur 41 tahun telah terbabas sebelum melanggar tembok kiri laluan di lebuh raya berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak perempuan yang berada di bahagian penumpang belakang tercampak keluar menerusi tingkap belakang kanan kereta sebelum terjatuh dari flyover (jejambat).
“Mangsa terjatuh ke atas sebuah daripada deretan kereta yang dipakir di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Pahang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan retak paha kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala bapanya tidak mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dengan sebuah video dari kamera litar tertutup berdurasi 30 saat memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Duke di Jalan Pahang.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PINJAMAN TEKUN BAWAH RM20,000 LULUS DALAM 24 JAM
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, TEKUN Nasional, kini menyasarkan untuk memperkenalkan kelulusan...
KUSKOP PERKENAL RAK HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu yang dinamakan Rak...
MUBARAK ALI, LEGENDA TAKRAW YANG TIDAK DILUPAKAN
KESIDANG 21 Jun - Walaupun negerinya kecil, siapa sangka Melaka pernah melahirkan ramai bintang dalam acara sukan, termasuklah sepak takraw....
MTSB GILAP BAKAT CILIK MELALUI KEJOHANAN RAGBI PIALA TOK AJAK 2026
TELOK MAS 21 Jun - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) komited mencungkil dan menggilap bakat muda dalam sukan ragbi menerusi...
LIMA TAHUN TOK AJAK, 328 PROJEK PEMBANGUNAN DIBAWA KE TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh lima tahun diberi mandat oleh rakyat memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas,...
TOK AJAK TERHARU SOKONGAN PADU ORANG TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Sambutan luar biasa yang diterima sepanjang seminggu berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
