
Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari jejambat
KUALA LUMPUR 1 Dis – Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas tercampak dari kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 15 meter dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala Jalan Tun Razak, dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.40 petang, itu, Toyota Estima yang dipandu bapa mangsa yang berumur 41 tahun telah terbabas sebelum melanggar tembok kiri laluan di lebuh raya berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak perempuan yang berada di bahagian penumpang belakang tercampak keluar menerusi tingkap belakang kanan kereta sebelum terjatuh dari flyover (jejambat).
“Mangsa terjatuh ke atas sebuah daripada deretan kereta yang dipakir di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Pahang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan retak paha kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala bapanya tidak mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dengan sebuah video dari kamera litar tertutup berdurasi 30 saat memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Duke di Jalan Pahang.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
REKOD KHIDMAT LIMA TAHUN JADI ‘SANDARAN’ TOK AJAK
TELOK MAS 27 Oktober - Rekod perkhidmatan selama lima tahun menjadi sandaran buat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman untuk...
ISU MCA: ‘JANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIAN’ – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...
PROGRAM KEMASYARAKATAN MAHASISWA BUKAN HANYA KETIKA PILIHAN RAYA – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya,...
ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri...
FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober - Melaka bakal menjadi tumpuan delegasi antarabangsa menerusi penganjuran Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya...
PRN MELAKA: ‘ACIK ZUL’ TEKAD PERTAHAN TABOH NANING
AYER KEROH 26 Oktober - Kepercayaan diberikan kepadanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Pilihan Raya...
