
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh, ibu direman
BATU PAHAT 15 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan luka di bahagian dahi selain kesan jerut di bahagian leher dalam kejadian pada jam 4.55 petang itu.
Katanya, pemeriksaan lanjut pada badan mangsa tidak menemukan kesan kecederaan.
“Berikutan itu, ibu mangsa berusia 34 tahun ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataan yang tidak konsisten daripada saksi berdasarkan kenyataan suspek,” katanya lapor Harian Metro.
Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa sudah dihantat ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Suspek direman selama tujuh hari hingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
