KPDNHEP Melaka periksa 22,544 premis jual minyak masak

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BATU BERENDAM 15 Julai – Sebanyak 22,544 premis perniagaan melibatkan penjualan minyak masak telah diperiksa dari bulan Januari hingga 15 Julai tahun ini.

EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah itu sebanyak 163 daripada 240 kes mempunyai kesalahan di tertinggi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 manakala kes selebihnya melibatkan lain-lain akta yang dikuatkuasakan.

Katanya, kesemua kes tersebut melibatkan semua peringkat termasuk pengilang, pengeluar, pembekal, pemborong serta peruncit dalam negeri ini.

“Bagi mengekang isu minyak masak bersubsidi ini, bermula 1 Julai Ops Catut 9.0 Minyak Masak dilaksanakan di mana pihak KPDNHEP akan membuat lawatan dan pemeriksaan mengejut kepada 140 peruncit terpilih daerah dan 58 pemborong daerah secara harian bagi memastikan bekalan barangan kawalan terjamin.

EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem

“Ops ini bertujuan memberi tumpuan kepada penawaran, penjualan dan bekalan melibatkan penjualan minyak masak dan sejak dilancarkan, sebanyak 21 premis telah diperiksa dan empat notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 (AKHAP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai pemeriksaan mengejut terhadap pengeluar minyak masak peket di sekitar Daerah Melaka Tengah hari ini.

Mengulas lanjut, Hwee Sem berkata beliau memberi peringatan keras kepada semua peniaga agar tidak menyorok barang kawalan bagi memanipulasi pasaran melalui permainan harga.

“Pihak KPDNHEP turut meminta orang ramai untuk menjadi telinga dan mata pihak berkuasa untuk melaporkan sebarang salah laku berkaitan perdagangan dan isu kepenggunaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

914
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh, ibu direman
Next post Dua beranak terlibat kes khianat di CIQ Linkedua ditahan
Ubah saiz-+=