Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas di kolam renang

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MERLIMAU 20 Februari – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas di kolam renang, sebuah inap desa milik keluarganya di Kampung Pulai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pada jam 9.15 pagi, pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, menerima seorang pesakit kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai lemas ketika mandi di kolam renang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka, mangsa terlebih dahulu dibawa ke Klinik Kesihatan Merlimau dan diberi bantuan pernafasan (CPR) selama kira-kira 45 minit.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati sebelum kejadian mangsa bersama abangnya berusia lima tahun berjalan ke kolam renang milik keluarganya yang jarak kira-kira 500 meter dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.

“Kejadian hanya disedari selepas abang, kanak-kanak perempuan itu pulang ke rumah dalam keadaan pakaian basah. Apabila ditanya mengenai adiknya, dia memberitahu mangsa berada di dalam kolam seorang diri,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, ibu bapa mangsa kemudian menghubungi rakan sekerja mereka bagi melihat keadaan kanak-kanak perempuan terbabit yang dikatakan berada dikolam renang.

“Kanak-kanak itu ditemui didalam kolam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah dan hasil proses bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan ‘Consistent With Drowning’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3194
Kongsi :
Previous post Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga mendiang Edrin
Next post Ayam hidup umpan buaya ‘viral’
Ubah saiz-+=