
Kanak-kanak perempuan maut digilis lori
KLEBANG 25 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut selepas digilis lori di Kampung Paya Mengkuang, Bukit Rambai, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.25 petang itu, mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang juga murid tadika di sebuah tadika swasta di Tanjung Minyak dikatakan sedang bermain di celah pokok bersama saudaranya.
Katanya, kejadian berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 37 tahun hendak keluar dari simpang dan tiba-tiba mangsa meluru keluar dari celahan pokok.
“Pemandu lori tidak menyedari kehadiran kanak-kanak itu dan telah tergilis mangsa di lokasi.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori terbabit turut diambil sampel darah bertujuan mengesan kandungan alkohol dan dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
