Kanak-kanak tiga tahun lemas di tali air

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KOTA BHARU 27 April. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian itu.

Beliau berkata sebaik menerima laporan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud. Foto FB IPD Kota Bharu.

“Mangsa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya.

“Pihak bomba telah membawa mayat mangsa ke tebing, namun petugas Klinik Kesihatan Mahligai mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim berkata kali terakhir Muhammad Huffaz dilihat oleh neneknya kira-kira 3 petang ketika sedang bermain di dalam rumah.

“Polis juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan, ahli keluarga mangsa tidak sedar bahawa Muhammad Huffaz telah keluar dari rumah sehingga dimaklumkan oleh seorang jiran pada 4.45 petang.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

985
Kongsi :
Previous post Usahawan IKS jangan malu pasarkan produk- KM Sulaiman
Next post COVID-19: Kompaun mesti ikut garis panduan- Takiyuddin
Ubah saiz-+=