
Kantin, asrama pekerja kilang cat terbakar
BUKIT RAMBAI 23 Mac – Sebuah kantin dan tempat tidur pekerja sebuah kilang cat di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai terbakar dalam kejadian pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 (KUP) Tifelar Mansur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.31 pagi dan jentera tiba di lokasi kejadian enam minit selepas itu.
Katanya, seramai 14 anggota dari dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan Cheng telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi benar berlaku kebakaran yang melibatkan bangunan kantin serta tempat tidur pekerja kilang.
“Kira-kira 70 peratus telah terbakar melibatkan keluasan 30×70 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pihak bomba turut mendapatkan bantuan dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi pemadaman terbabit.
“Jarak lokasi kilang ke balai bomba berhampiran adalah enam kilometer, dan turut difahamkan kilang tersebut merupakan sebuah kilang cat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...
