Karnival Kerjaya 3 Daerah dirasmikan Ketua Menteri

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MASJID TANAH 10 April. – Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka telah dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali dalam sebuah program sehari diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini sebentar tadi.

Program yang dimulakan seawal jam 8 pagi tadi telah menganjurkan pelbagai acara dan menerima sambutan rakyat di negeri ini.

Pada program perasmian diadakan, ketibaan Sulaiman telah disambut barisan tetamu yang hadir sekitar jam 9.50 pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Manusia, Datuk Wira Ar. Ismail Othman.

Sulaiman dalam ucapannya berkata, program julung kali diadakan membabitkan tiga daerah di Melaka sekali gus memberi peluang baharu buat rakyat yang terjejas di negeri ini selepas berdepan dalam pasca pandemik COVID-19.

“Inilah peluang yang kita berikan buat rakyat di negeri ini bagi memastikan pelbagai peluang pekerjaan mampu dimiliki golongan terlibat sekali gus mengurangkam kadar pengangguran Melaka.

“Saya harap agar seluruh rakyat di negeri ini mengambil peluang yang diberikan ini bagi memanfaat setiap pekerjaan yang ditawarkan,” katanya.

Karnival Kerjaya yang diadakan itu membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan membabitkan lebih 30 majikan daripada pelbagai agensi swasta dari dalam dan luar Melaka.

Berita lanjut menyusul.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post PM Muhyiddin rakam ucapan takziah atas kemangkatan Putera Philip
Next post Mulianya pengorbananmu! Pesara wakaf tanah 0.4 hektar untuk SRA JAIM
Ubah saiz-+=