
Kejayaan 100 hari hasil kerjasama semua – KM
AYER KEROH 17 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menyifatkan kejayaan mewujudkan pelbagai inisiatif kepada rakyat sepanjang 100 hari memimpin negeri bukan hanya datang daripada dirinya sahaja.
Sebaliknya, Sulaiman berkata, kesemua itu adalah hasil kerjasama semua pihak yang membantu dalam memudahkan urusan memimpin negeri, terutamanya sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
“100 hari ini bukan datang dari saya seorang. Ia hasil semua rakan-rakan, Pengerusi Jawatankuasa Negeri dan wakil-wakil rakyat lain. Jadi 100 hari bukan khusus untuk saya sahaja.
“Tanpa anda semua, saya tidak akan capai 100 hari ini. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan sehingga cukup 100 hari yang dicapai semalam (16 Jun).
“Saya harap kerjasama dan hubungan erat ini dapat membantu kita semua bekerja sebagai satu pasukan terutama dalam memakmurkan negeri Melaka sepanjang tempoh pasca Covid-19 ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis memotong kek 100 hari memimpin kerajaan negeri Melaka, di Seri Negeri.
Di majlis itu, Sulaiman turut melancarkan wajah baharu media kerajaan negeri, Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB BINA PARIT MONSUN, ‘FLAP GATE’ ATASI BANJIR KAMPUNG PULAU KELAPA
PERINGGIT 2 September - Penduduk Kampung Pulau Kelapa, kini mampu menarik nafas lega apabila masalah banjir kilat menghantui mereka sejak...
MAIM SAMBUNG BANTUAN, PASTIKAN KEBAJIKAN SEMBILAN BERADIK TERBELA
JASIN 2 September - Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa yang menjadi tempat bergantung, sembilan beradik berusia antara tiga hingga 26...
WRUR TABOH NANING: JAMBATAN SEMPIT AKAN DIBESARKAN, LANCAR AKSES 15 RUMAH
TABOH NANING 2 September - Kira-kira 15 keluarga di Kampung Taboh Naning bakal menikmati akses lebih selamat apabila jambatan sempit...
MUZIUM JADI ‘BUKU SEJARAH’ KELUARGA
BEMBAN 2 September - Daripada sekadar membaca sejarah dalam buku, dua keluarga memilih untuk membawa anak-anak menyaksikan sendiri tinggalan kehidupan...
JENTERA DUN PASTIKAN GOLONGAN SASAR TIDAK TERCICIR
TABOH NANING 2 September - Kesepakatan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan jentera setempat di setiap Dewan Undangan Negeri...
WRUR TABOH NANING: KERAJAAN NEGERI KOMITED SEGERAKAN PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN BAHARU DI SIMPANG AMPAT
TABOH NANING 2 September - Kerajaan Negeri akan mengangkat semula permohonan pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Simpang Ampat yang baharu menerusi...
