
Kelab Wah Hin anjur majlis makan malam Hari Kebangsaan
MELAKA – Menjangkau usia 60 hingga 86 tahun bukan penghalang untuk ahli Kelab Wah Hin mengambil inisiatif tersendiri menyambut Hari Kemerdekaan di Restoran LTP di sini baru-baru ini.
Penyelaras program, Datuk Kian Sit Har berkata, kalangan para hadirin yang terdiri daripada pesara kerajaan termasuk guru semuanya bersemangat menzahirkan perasaan penuh cinta kepada negara.

Sit Har yang juga penasihat kepada Kelab Wah Hin dalam ucapannya berkata demi negara dan bangsa, semua individu perlu meraikan hari istimewa itu, bukan setakat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang malah mengambil inisiatif termasuk penjagaan alam sekitar dan menghidupkan semangat perpaduan rakyat.
“Objektif saya dengan penganjuran majlis makan malam kemerdekaaan adalah untuk menyemarakkan semangat dan mengimbau kembali erti kemerdekaan sebenarnya dalam konteks negara Malaysia,” tambahnya.
Seramai 60 orang ahli kelab termasuk ahli keluarga mereka menghadiri majlis makan malam tersebut di mana selain daripada menjamu selera mereka juga mengambil bahagian dalam nyanyian karaoke dan berkongsi pendapat berkenaan dengan perkembangan semasa dalam negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA MELAKA HARI INI DIPERKASA KEMAHIRAN AI
AYER KEROH 5 Ogos - Seramai 31 warga kerja dan pengamal media Melaka Hari Ini memperkukuh kemahiran berasaskan teknologi kecerdasan...
MELAKA KENAL PASTI 29 SUMBER HASIL BAHARU BERPOTENSI JANA RM157 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Sebanyak 29 cadangan daripada 26 jabatan dan agensi pemungut hasil dikenal pasti berpotensi menjana hasil...
RUMAH UZUR DIMAKAN ANAI-ANAI, TOK RAUF UMUM PERUNTUKAN BAIK PULIH RM25,000 DARIPADA MAIM
AYER MOLEK 5 Ogos - Wanita warga emas yang tinggal seorang diri di rumah uzur akibat dimakan anai-anai bakal mendiami...
HASIL MELAKA MENINGKAT RM122.7 JUTA
TABOH NANING 5 Ogos - Hasil Negeri Melaka meningkat RM122.7 juta dalam tempoh dua tahun daripada RM427.5 juta pada 2023...
TERIMA KASIH KETUA MENTERI DATANG RUMAH SAYA
AYER MOLEK 5 Ogos - Riak wajah ceria jelas kelihatan pada wajah Norsiah Yahya, 73, selepas kediamannya di Kampung Kandang,...
LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI
KLEBANG 5 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menyaksikan lebih 12,000 peserta perbarisan kawad kaki dengan...
