Keluarga Rim tidak dilupakan – Khaidhirah

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

RIM 20 Oktober – Meskipun sibuk menguruskan pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, namun tanggungjawab demi kebajikan penduduk di kawasan itu tidak pernah dilupakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata atas tanggungjawab itu, beliau hari ini turun padang melawat tiga keluarga di DUN berkenaan sebagai tanda prihatin dan kasih kepada penduduk.

“Dalam kesibukan saya berurusan dengan beberapa pihak berwajib dalam memastikan pembangunan DUN Rim berjalan lancar, tidak pernah saya lupakan untuk sentiasa menziarahi keluarga DUN Rim saya.

“Syukur alhamdulillah, saya dapat melawat saudari Fatin Amira di Seri Kesang, saudari Nuryaini di Terentang, saudari Najihah dan Nor Amarina Mohamad di Kampung Rim.

“Mereka semua baru sahaja mendapatkan cahaya mata. Seronok saya bertambah lagi keluarga besar DUN Rim,” katanya.

Dalam pada itu, Khaidhirah sempat menziarah dan bertanya khabar Mak Cik Hamidah Bachik yang sedang terlantar di rumahnya.

“Saya juga mendapat perkhabaran bahawa orang kuat saya di Chohong, Tok Sidang Zulkefli baru sahaja keluar daripada Hospital Muar.

“Jadi saya datang ziarah dan menghadiahkan beliau kerusi roda bagi memudahkan urusan pergerakan harian.

“Tiada satu hari pun saya dapat menjalankan kehidupan harian saya tanpa memikirkan kesejahteraan keluarga DUN Rim saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2728
Kongsi :
Previous post PRU15: Pengundian pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov
Next post PRU15: Tempoh kempen 14 hari mencukupi – PM
Ubah saiz-+=