Kembara Ramadan INSWA santuni penggiat seni hilang sumber pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 11 Mei. – Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosialnya mengadakan program Kembara Ramadan, iaitu aktiviti amal tahunan yang diadakan setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal.

Pengurus Besar INSWA Nurman Mohd Baroldin memaklumkan, program itu bertujuan membantu penggiat seni Melaka terutama mereka yang sudah tidak mampu mencari pendapatan serta yang hilang mata pencarian sepanjang pandemik COVID-19.

Menurutnya, seramai 25 orang penggiat seni Negeri Melaka terdiri daripada ahli muzik dan penyanyi Dondang Sayang telah menerima bantuan kit makanan dan sumbangan wang tunai daripada pihak INSWA.

“Selain penggiat seni, kita turut mengadakan kunjungan ke dua rumah anak yatim terpilih untuk menerima bantuan menerusi program ini.

“INSWA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang sudi memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan makanan untuk diberikan kepada penggiat seni dan anak yatim serta asnaf di negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Nurman, selain badan korporat dan syarikat swasta, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah INSWA, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Datuk Roslan Ahmad, ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad serta Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang telah menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

334
Kongsi :
Previous post Polis Melaka wujudkan pusat panggilan sehenti COVID-19
Next post Siapa conteng panel iklan Sungai Melaka?
Ubah saiz-+=