Siapa conteng panel iklan Sungai Melaka?

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PENGKALAN RAMA 11 Mei. – Panel iklan di sekitar Sungai Melaka dekat sini menjadi mangsa perbuatan vandalisme apabila diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu gambar yang tular, terlihat contengan bertulis ‘Kerajaan Gagal’ dipercayai menggunakan semburan cat berwarna merah dan hitam hampir di keseluruhan panel iklan di Kampung Air, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius isu vandalisme itu berikutan ia boleh mencemarkan imej Melaka sebagai sebuah pelancongan.

PETUGAS MBMB membersihkan contengan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Ujarnya, tindakan tegas boleh diambil kepada pelaku memandangkan isu vandalisme bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan semua pihak.

“Sekiranya tertangkap, pelaku akan dikenakan tindakan mengikut akta yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kejadian berkenaan berjaya diselesaikan segera menerusi tindakan pantas kakitangan PPSPM bersama pihak MBMB yang telah mengecat semula contengan itu.

Beliau berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi, pihaknya akan menggerakkan pasukan ‘Emergency Response Team’ (ERT) PPSPM bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang akan melakukan pemantauan dengan lebih kerap di sepanjang laluan siar kaki Sungai Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

515
Kongsi :
Previous post Kembara Ramadan INSWA santuni penggiat seni hilang sumber pendapatan
Next post Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri tamat hari ini
Ubah saiz-+=