
Kemelut Abang Viva, keluarga sudah berakhir
MELAKA 24 Oktober – Perselisihan faham yang berlaku membabitkan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva bersama keluarga susulan isu perkahwinan kini berakhir.
Ia selepas perkara itu diselesaikan menerusi satu pertemuan bersama keluarga dan perkara itu dikongsikan sendiri Azwan di laman Facebooknya.
Dalam catatannya, Azwan turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dan keluarga yang kini kembali seperti dahulu.
“Saya mewakili seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan.
“Biarlah apa yang berlaku dan dibincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” katanya.
Dalam pada itu, Azwan turut berharap ibu bapanya tidak lagi diganggu daripada sebarang persoalan atau pertanyaan berhubung isu tersebut.
“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban, bukan keluarga saya.
“Insya-Allah majlis perkahwinan kami akan diadakan pada bulan 12 (Disember) ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...

