Kemesraan Ab Rauf tawan hati rakyat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

PENGKALAN BATU 16 Mac – Keperibadian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mesra dan mudah didekati menjadi antara pakej lengkap yang berjaya menawan hati rakyat Melaka.

Aura Ketua Menteri ketika mengunjungi Bazar Ramadan Peringgit, di sini, jelas terpapar apabila rata-rata peniaga dan pengunjung mengambil peluang untuk mendekati figura kesayangan ramai itu.

Img 20240316 003525 022
MOHD RAZI

Bagi Mohd Razi Hamid, 40, kepimpinan Ketua Menteri dalam mentadbir Negeri Melaka wajar dipuji kerana berjaya membawa limpahan rezeki buat peniaga.

“Ketua Menteri ini orang yang membawa tuah, setiap tahun datang jumpa peniaga dan rakyat. Saya rasa bertuah dan bangga apabila ada pemimpin begini yang sudi singgah berjumpa kita.

“Semestinya setiap tahun kita (peniaga) menunggu kehadiran beliau di bazar Ramadan ini, alhamdulillah bila ajak berswafoto beliau sangat ‘sporting’ dan tidak menolak,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Img 20240316 003447 160
NAZMI

Manakala Nazmi Abu Bakar, 46, teruja apabila gerai jualannya turut menjadi persinggahan Ketua Menteri.

“Saya terkejut dapat jumpa Ketua Menteri, tak sangka beliau akan datang je bazar, saya terus panggil nama beliau dan tak sangka pula terus datang ke gerai saya.

“Ini jelas membuktikan beliau sangat rapat dan mesra dengan rakyat, biarpun perwatakannya nampak tegas tetapi sebenarnya beliau mudah didekati,” katanya.

Img 20240316 003410 611
ABDUL RAAUF

Bagi peniaga air balang Abdul Raauf Yakop, 29, sikap mesra Ketua Menteri disifatkan sesuatu yang ‘mahal’ dan wajar dicontohi pemimpin-pemimpin lain.

“Saya mula mengenali Ketua Menteri sejak berjumpa beliau di bazar Ramadan Peringgit pada tahun lepas, yang mana pada ketika itu beliau turun padang untuk menyantuni peniaga.

“Kali kedua saya berjumpa beliau secara kebetulan di sebuah hospital swasta dan Ketua Menteri bertanya khabar kepada saya dan isteri, selain sempat belanja kami minum serta memberi sumbangan.

“Alhamdulillah saya lihat beliau adalah Ketua Menteri yang sangat rapat dengan rakyat, kalau ada masalah boleh berbincang dan beliau tidak pilih kasih,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

985
Kongsi :
Previous post Pelancong puji Paramedik Komuniti Melaka
Next post Tahap kebersihan bazar Ramadan Melaka memuaskan
Ubah saiz-+=