Kempen pasang Jalur Gemilang tidak akan terhenti – Adun Asahan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ASAHAN 21 Ogos – Kempen memasang Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan, sekolah dan rumah-rumah ibadat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan diteruskan sepanjang bulan Ogos dan September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Fairul Nizam Roslan berkata kempen itu telah bermula sejak awal bulan Ogos lalu dan akan diteruskan sehingga bulan hadapan.

Katanya, ia bersempena Bulan Kebangsaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

“Saya dah pusing sekitar kawasan Asahan, masih terdapat premis perniagaan yang tidak memasang Jalur Gemilang lagi, namun tidak mengapa saya telah menasihati pemilik premis terbabit.

“Dan hasil pemerhatian saya di sekitar DUN Asahan ini, kebanyakan lokasi seperti masjid, kuil, tokong, sekolah dan rumah-rumah penduduk sekitar sudah memasang Jalur Gemilang, ini yang kita mahu dan lebih baik jika pasang (Jalur Gemilang) sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan DUN Asahan di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata beliau akan terus berkempen untuk memasang Jalur Gemilang sehingga seruan tersebut disambut oleh individu atau pihak terbabit.

“Saya akan terus berkempen agar seruan ini disahut, saya lihat banyak kenderaan-kenderaan juga sudah dipasang Jalur Gemilang.

“Situasi ini bagi meningkatkan semangat untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Malaysia, lagi-lagi pada Bulan Kebangsaan sepanjang bulan Ogos ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

878
Kongsi :
Previous post Anak Sarawak kongsi pengalaman ‘mengoca’ di Gadek
Next post Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Ubah saiz-+=