Kenal pasti tapak PPR di Parlimen Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

LENDU 12 November – Cadangan untuk membina 1,000 unit kediaman mampu milik menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Parlimen Masjid Tanah akan dilaksanakan jika mendapat permintaan daripada orang ramai.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mengikut cadangan projek dibawah kendalian Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) itu akan dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.

“Setiap DUN akan dibina 500 unit kediaman pangsapuri dan ini adalah antara usaha Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah (B40) di Parlimen Masjid Tanah memiliki kediaman sendiri.

“Tetapi saya meletakkan syarat pembinaan pangsapuri ini hanya akan dilaksanakan selepas mendapat permintaan tinggi, barulah kita tawarkan projek ini kepada kontraktor berminat untuk memajukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Sentuhan Aspirasi PKNM Bersama #Keluarga Malaysia Tahun 2022 di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama Lembaga Pengarah PKNM Datuk Mohamad Azmi Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Datuk Mashitah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Pengurus Besar CMI Masrul Faizal Mohamad.

Ab Rauf yang juga Adun Tanjung Bidara berkata, harga seunit kediaman itu adalah mengikut kadar yang disarakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu sekitar RM50,000 hingga 80,000.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1974
Kongsi :
Previous post Ledakan Revolusi Industri 4.0 perjuangan Ah Kon
Next post Kejar saham akhirat bantu bina Surau Al-Jannah Taman 1 Krubong
Ubah saiz-+=