Kejar saham akhirat bantu bina Surau Al-Jannah Taman 1 Krubong

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PAYA RUMPUT 12 November – Orang ramai diseru tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu merealisasikan pembinaan Surau Al-Jannah, Taman 1 Krubong, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata, buat masa ini jumlah kutipan yang diterima jawatankuasa penaja bagi pembinaan surau itu adalah RM160,000 berbanding kos keseluruhan RM800,000 yang diperlukan.

Katanya, sebagai wakil rakyat kawasan, beliau akan turut sama membantu dalam aspek perolehan tanah, selain turut berusaha mendapatkan bantuan peruntukan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Justeru, saya amat berharap semua khususnya umat Islam agar dapat bersama-sama berlumba mengejar kebaikan dengan membantu menyumbang kepada pembinaan surau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir ke sesi dialog bersama penduduk dan Majlis Pecah Tanah Surau Al-Jannah Taman 1 Krubong, hari ini.

Rais yang juga Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri berkata, sekiranya pembinaan surau itu direalisasikan, ia mampu menempatkan 350 hingga 400 jemaah daripada kariah taman berkenaan.

Bagi mereka yang ingin membantu pembinaan surau tersebut, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 04042010023476 atau boleh menghubungi jawatankuasa terlibat di talian 017-3190714 (Ustaz Mohd Hidayat Mahadi) atau 017-7867417 (Haji Mohamad Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1799
Kongsi :
Previous post Kenal pasti tapak PPR di Parlimen Masjid Tanah
Next post Melaka pertimbang benarkan surau jauh dari masjid laksana solat Jumaat
Ubah saiz-+=