
Kerajaan belum buat keputusan cadangan syarikat telekomunikasi untuk pegang saham majoriti DNB
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kerajaan belum lagi membuat keputusan ke atas cadangan empat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia yang mahu memiliki saham majoriti (51 peratus) dalam Digital Nasional Bhd (DNB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kerajaan akan memberikan respons ke atas permintaan syarikat berkenaan secepat mungkin.
“Masa kita membuat tawaran, kita sudah fikir banyak kali apa yang patut kita buat. Kita mahukan industri berkembang dan kita mesti sediakan satu persaingan setara, ia tidak boleh seperti undang-undang rimba, siapa kuat dia menang.
Kami mesti memastikan industri ini berkembang dan untuk ia berkembang, kami mesti memastikan peluang yang adil untuk setiap pihak… kini syarikat telekomunikasi tertentu mahu bergabung, okey – ia keputusan perniagaan mereka,” katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran “Yes 5G for All” di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah agensi berita asing mengenai cadangan yang dikemukakan empat syarikat telekomunikasi itu.
— LAGI
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...