Kerajaan lancar PEMERKASA bernilai RM20 bilion, suntikan fiskal RM11 bilion

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk terus menyokong proses pemulihan ekonomi negara kerajaan hari ini melancarkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion serta suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PEMERKASA yang mempunyai lima fokus utama itu akan menumpukan kepada 20 initiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

“Negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform) Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu, ‘Revitalise’ atau memperkasa ekonomi.”

“Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi,” katanya semasa mengumumkan program PEMERKASA itu hari ini.

Setakat ini, kerajaan mengumumkan lima pakej bantuan yang berjumlah RM340 bilion, iaitu PRIHATIN sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN PKS RM10 bilion, PENJANA RM35 bilion, Kita PRIHATIN RM10 bilion, PERMAI RM15 bilion dan PEMERKASA RM20 bilion.

Lima fokus PEMERKASA ialah mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuhkan daya saing negara, memastikan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Berita lanjut menyusul

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post Denda RM500,000 atau penjara lima tahun jika lakukan pembakaran terbuka di Melaka
Next post Kerajaan perkenal pengecualian cukai baharu di bawah PEMERKASA
Ubah saiz-+=