245746909_429770535164275_2679111161376942364_n

Kerajaan lepasi sasaran sedia 500,000 peluang pekerjaan – PM

BERA, 11 Dis – Kerajaan telah berjaya melepasi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini disebalik cabaran COVID-19 dan ekonomi dihadapi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara juga dijangka akan bertambah baik tahun hadapan, hasil  kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Apabila saya ambil alih (sebagai Perdana Menteri) kes COVID-19 meningkat dan kita terpaksa bertindak tegas demi nyawa, walaupun kita tahu ekonomi merudum ketika itu.

“Disebabkan kejayaan PICK kita mula buka ekonomi dan perniagaan juga sudah kita benarkan dan ekonomi kita mula alami pertumbuhan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan, walaupun ada kalanya ia di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan yang tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran.

“Kita tahu harga sedang meningkat dan kita sedang buat sesuatu antaranya jualan murah (Program Jualan Keluarga Malaysia) yang dilaksanakan di seluruh negara, di dua kawasan di setiap Parlimen dan harga murah sehingga 50 peratus diskaun,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah memperuntukkan RM100 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selain RM62 juta subsidi baja sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah kenaikan harga.

“Dalam Mesyuarat Kos Sara Hidup yang saya pengerusikan, kita juga telah bersetuju supaya peniaga tidak naikkan harga minyak masak sawit, kita berikan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM150juta,” katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

92
263489597_295661499234959_7380964624060631660_n Previous post Harga barang dijangka stabil menjelang Januari – Rosol
ABC_4631-01 Next post Melaka perhalusi cadangan wajibkan saringan mingguan COVID-19 di sekolah berasrama – KM