Kerajaan negeri teliti kaedah terbaik tangani hakisan pantai

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SUNGAI RAMBAI 12 Sept. – Kerajaan negeri akan mengambil alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai yang kian meruncing melanda Pantai Puteri, sejak tiga minggu lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, isu berkenaan permasalahan itu sudah dimajukan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi membantu kerajaan negeri mendapatkan peruntukan untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, sistem perlindungan pantai melalui kaedah geotube antara yang dicadangkan kerana ia terbukti berkesan menyelesaikan masalah hakisan di beberapa lokasi persisiran pantai.

Bagaimanapun, ujarnya kaedah itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana melibatkan kos peruntukan yang tinggi.

“Saya majukan cadangan itu di pihak tertinggi terutamanya di pihak kementerian dan waktu yang sama juga saya minta JPS untuk segera melihat selain memantau untuk memastikan apakah kaedah yang terbaik untuk menangani masalah kawasan yg kian teruk terjejas ini dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini saya masih menunggu laporan penuh daripada JPS mengenai penemuan (the finding) dalam kajian yang mereka lakukan untuk memastikan masalah itu tidak berulang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.

Views:

316
Kongsi :
Previous post Gerbang Selatan akan diaktifkan kembali – Ketua Menteri
Next post Aktiviti korek pasir diarah dihentikan sementara
Ubah saiz-+=