Kerajaan setuju beri dos ketiga untuk ‘frontliner’ dan golongan rentan

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 kepada golongan rentan apabila negara mencapai 80 peratus dewasa divaksin.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan perlindungan kepada golongan terbabit agar terhindar daripada risiko jangkitan COVID-19.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto fail.

“Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised).

“Selain itu, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities), apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” ujarnya.

Tambahnya, untuk itu panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga tersebut.

“Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan Menteri Kesihatan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

328
Kongsi :
Previous post Peruntukan RM471.6 juta pemberian PPC keluarga B40 – PM
Next post KPWKM fokus pulih, stabil emosi kanak-kanak yatim piatu akibat COVID – Rina
Ubah saiz-+=