
Peruntukan RM471.6 juta pemberian PPC keluarga B40 – PM
KUALA LUMPUR 19 Sept. – Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
“Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga), kit ujian kendiri COVID-19 (empat kit setiap keluarga), satu pulse oximeter, satu termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
“Pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.
“Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak atau ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40.
Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...

