Kerajaan terbuka terima pandangan belia

Masa Membaca:52 Saat

BANDA HILIR 14 April – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka aktif menggerakkan golongan belia dengan penganjuran program-program ke arah pembangunan modal insan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, kelompok belia penting sebagai aset negara yang mempunyai potensi, bakat, jati diri, pemikiran dan keterampilan bersifat kepimpinan.

“Kerajaan sentiasa menyokong agenda pembangunan belia dan terbuka menerima segala idea, cadangan, pandangan mahupun kritikan yang membina khususnya di Negeri Melaka.

“Penglibatan ramai anak muda pada program yang dianjurkan menunjukkan sokongan belia kepada kepimpinan kerajaan sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Masjid Al-Alami MITC di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah JBS Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli.

Menurutnya, penganjuran Rakan Muda Ramadan dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk membina jati diri dan pembangunan modal insan.

“Dengan aktiviti ini, kita dapat mendekatkan diri dengan ilmu keagamaan khususnya al-Quran sekali gus menghayati amalan sunnah pada bulan Ramadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1447
Kongsi :
Previous post Sambutan dua dekad MBMB dirai penuh kesyukuran
Next post Lebihan makanan bazar Ramadan jadi santapan moreh
Ubah saiz-+=