Sambutan dua dekad MBMB dirai penuh kesyukuran

Masa Membaca:51 Saat

BUKIT BARU 14 April – Sambutan Ulang Tahun ke-20 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) disambut penuh kesyukuran.

Sambutan diadakan di Masjid Al- Ehsan, Bukit Baru, di sini, dimulakan dengan alunan bacaan Yasin beramai-ramai membabitkan kira-kira 500 jemaah.

Program sambutan dua dekad itu disempurnakan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Sesi bacaan Yasin diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Halim Tawil.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Ia turut disertai 271 pelajar dari 11 buah sekolah tahfiz di negeri ini.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz terlibat disusuli dengan majlis berbuka puasa di pekarangan masjid berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1449
Kongsi :
Previous post Leaptec dan syarikat Turkiye, Desan meterai MoU bernilai RM2 bilion
Next post Kerajaan terbuka terima pandangan belia
Ubah saiz-+=