Kerja baik pulih runtuhan di Taman Maju, Taman Jasin Perdana dimulakan Isnin

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

JASIN 3 Mac- Kerja baik pulih runtuhan penahan dinding longkang di Taman Maju dan Taman Jasin Perdana, di sini, susulan cuaca hujan lebat semalam dijangka dimulakan pada Isnin ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Rosemanizam Mohd Nalif@Zawawi berkata, kerja baik pulih runtuhan yang membabitkan penahan dinding longkang di kawasan itu akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos dianggarkan RM110,000.

“Kerja baik pulih ini dijangkan paling cepat kita akan mulakan pada Isnin ini dan ia dijangka akan mengambil masa kira-kira dua minggu untuk selesai sepenuhnya. Ia sedikit mengambil masa kerana kita akan menggunakan batu sungai bagi menguatkan struktur binaan dinding itu.

“Kedua-dua runtuhan yang berlaku ini tidak menjejaskan kediaman penduduk atau pengguna jalan raya sebaliknya hanya membabitkan bahagian penahan dinding longkang selain kejadian itu juga tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

“Penilaian sudah dibuat dan kawasan runtuhan seperti di Taman Jasin Perdana kita sudah tutup dengan kanvas selain di Taman Maju pula kita sudah ‘seal’ bagi menghalang orang ramai memasuki lokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini atau pergerakan tanah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan sudah dilakukan bagi membersihkan sisa runtuhan di dalam longkang bagi mengelak laluan air tersekat sekaligus akan mengakibatkan limpahan air.

“Meskipun keadaan runtuhan tidak kritikal namun pihak kami termasuk penghulu kawasan melakukan pemantauan secara bagi melihat keadaan runtuhan itu dari semasa ke semasa atau ada berlakunya runtuhan baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1560
Kongsi :
Previous post Penduduk terlibat banjir segera pindah ke PPS – Adun
Next post Banjir: K’jaan salur bantuan segera RM50 juta kepada Johor – PM Anwar
Ubah saiz-+=