
Kes sembuh atasi kes harian COVID-19
AYER KEROH 14 Sept – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan sebanyak 403 kes sembuh jangkitan COVID-19 sekali gus mengatasi 329 kes baharu, hari ini.
JKN menerusi infografik dikongsikan di Facebook rasminya menjelaskan kes sembuh itu melibatkan 402 warga tempatan dan satu kes import b.
“Jumlah itu menjadikan keseluruhan 45,764 kes sembuh pesakit COVID-19 yang direkodkan di negeri ini atau 85.1 peratus daripada jumlah 53,778 kes sejak pandemik melanda negara,” katanya.
Bagi perincian kes baharu COVID-19, sebanyak 309 daripadanya membabitkan warga tempatan, sembilan kes import b dan 11 kes banduan.
“Mengikut pecahan daerah di Melaka Tengah sebanyak 161 kes, Jasin 59 kes dan Alor Gajah 109 kes.
“Ini menjadikan sebanyak 7,216 kes COVID-19 yang direkodkan masih aktif di Negeri Melaka,” katanya.
Menurut JKN sebanyak empat pesakit menjadi korban baharu kes COVID-19, hari ini.
“Kesemua mangsa berusia lingkungan 35 hingga 75 tahun yang mana punca jangkitan adalah dari kontak keluarga dan sporadik.
“Kes membabitkan semua mangsa lelaki yang mempunyai sejarah penyakit seperti kencing manis, strok, penyakit jantung, dementia dan darah tinggi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
