Sorting by

×

Kes tipu jual beli dalam talian meningkat di Melaka, babitkan kerugian RM1.29 juta

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 25 Ogos – Kes penipuan pembelian dalam talian di Melaka dilihat semakin membimbangkan apabila 157 kes dilaporkan setakat Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, jumlah itu meningkat 29.75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.29 juta.

Beliau berkata, daripada 157 kes dilaporkan, polis Melaka berjaya menahan 42 suspek dan 36 daripadanya telah dituduh di mahkamah setakat ini.

ABDUL MAJID menunjukkan barang kes yang dirampas.

 

“Bagi tujuan meningkatkan kadar pertuduhan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka telah diarahkan supaya melipat gandakan usaha untuk mengesan, menangkap dan menuduh semua saspek yang terlibat di mahkamah secepat mungkin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada masa sama, Abdul Majid turut mengingatkan rakyat Melaka agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan jualan yang meragukan di platform jual beli dalam talian.

“Saya menyeru warga Melaka supaya membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun yang terlibat dengan menggunakan aplikasi Semak Mule PDRM iaitu ‘check scammers CCID’ yang boleh dimuat turun di Google Play Store sebelum membuat sebarang transaksi.

“Polis melaka juga mengalu-alukan orang ramai di negeri melaka agar menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah melalui medium hotline, SMS, Facebook dan Telegram PDRM Melaka,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

779
Kongsi :
Previous post Banglo jadi ‘sarang’ sindiket tipu pembeli ‘online’
Next post Tukang kebun sambilan cabul wanita warga emas dihukum penjara 10 tahun
Ubah saiz-+=