‘Khemah terbang’ di kubur: Pemilik video mohon maaf

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 26 Dis. – Pemilik video kejadian ‘khemah terbang’ di sebuah kawasan perkuburan Islam yang tular semalam tampil membuat permohonan maaf hari ini.

Pengguna Instagram @yusof_nasir membuat permohonan itu sambil menjelaskan tidak bertujuan mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya mahu meminta orang ramai mendoakan adiknya yang juga penggali kubur yang cedera seperti di rakamkan video berdurasi 19 saat itu.

“Saya Mohd Yusof Bin Abdul Nasir ingin memohon maaf kepada keluarga arwah dan sesiapa yang terkesan dengan video di kubur yang telah saya ‘post’ semalam.

“Jujur tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Ia hanya untuk memohon doa untuk adik saya yang agak kritikal.

“Pada kami sekeluarga, kejadian angin itu adalah perkara biasa kerana keluarga kami dibesarkan dengan duit penggali kubur, dari ayah sampailah dua adik lelaki saya adalah penggali kubur,” katanya menerusi akaun Instagramnya hari ini.

TANGKAP layar dari video berdurasi 19 saat yang tular mengenai kejadian 'khemah terbang' semalam.

Tambahnya, jika hendak diceritakan mengenai kisah “pelik” terdapat banyak lagi yang boleh dikongsikan dan bukannya kisah ‘khemah terbang’ dilanda angin itu yang menjadi perkara biasa di kawasan lapang dan kubur

“Cuma itu (rakaman video) hanyalah kebetulan dan kuasa Allah. Sebelum saya ‘post’ video itu sudah ada orang lain pon telah ‘post’ terlebih dahulu.

“Tapi apa pun alasan saya, saya rasa saya tetap salah dan saya sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yang terlibat

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- fatihah,” jelasnya lagi.

Terdahulu semalam, Melaka Hari Ini (MHI) berkongsi video berkenaan yang tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Kota Damansara, Selangor.

Rakaman berdurasi 19 saat itu menyaksikan salah seorang penggali kubur cedera akibat terkena pukulan tiang khemah berkenaan.

Views:

4996
Kongsi :
Previous post Padah berhibur langgar SOP PKPP
Next post “Saya tak melobi” – Ahmad Hamzah
Ubah saiz-+=