
KKM pertimbang cuti raya secara berjadual – Khairy
KUALA TERENGGANU, 16 April – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk tindakan lanjut.
“Dua tahun lepas kita tak bagi atau jarang bagi cuti sebab pandemik, tapi tahun ini keadaan dah mula reda, mungkin kita akan mula bagi cuti raya, tapi (cuti) akan dibuat secara berjadual,” katanya kepada pemberita semasa melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
Beliau berkata setelah selesai perbincangan, kaedah percutian secara berjadual berkenaan akan dimaklumkan kepada warga KKM.
Ditanya berapa peratus kakitangan yang akan diberi kelulusan bercuti, Khairy berkata perkara itu bergantung kepada kes dan kapasiti hospital.
“Kami akan cuba bagi (benarkan kakitangan bercuti) sebanyak mungkin… Tapi saya tak boleh nak umum sekarang (peratus), kena tengok lebih dekat lagi dengan tarikh hari raya,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
‘TOK RAUF MASIH KENAL AYAH’
AYER LIMAU 10 September - Perbualan ringkas mengenai bapanya yang pernah berkhidmat di jabatan kesihatan bertukar menjadi detik tidak disangka...
AHMAD IRFAN GENGGAM ANUGERAH KETUA PENGARAH
SELANDAR 9 September - Pengalaman memimpin rakan pelajar ketika menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej...
‘LEGA SUAMI KEMBALI MAMPU URUS DIRI’
AYER LIMAU 9 September - Perkembangan suaminya Sulaiman Muhammad Kassim, 60, kini mampu menguruskan diri sendiri selepas dua kali mengalami...
